~NIZ4M : INSIDE MY HEAD~

“BAIK PUNYA BLOG”

BOIKOT BELANDA YANG SUKA MEM”FITNA”H April 9, 2008

Filed under: Uncategorized — Urahara Kisuke @ 9:12 pm
Tags:

PPIM, Maapan dan PRESMA menggesa rakyat Malaysia terutamanya yang beragama islam memboikot produk-produk terpilih keluaran Belanda.

1.Minyak Shell
2.Susu Dutch Lady
3.Barangan elektrik Philips
4.Coklat Forrero Roche
5.Insurans ING
6.Teh Lipton
7.Perisa makanan Knor
8.Cecair mandian Dove.

Sekilas mengenai Isu Filem Fitna

TIDAK sukar untuk mencari kewajaran Geert Wilders yang begitu nekad untuk menayangkan filem Fitna yang jelas menghina Islam meskipun kerajaan Belanda berusaha untuk menghalang penyiarannya. Ini bukanlah kali pertama Wilders membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, malah dia sebelum ini pernah menerima 40 ancaman bunuh apabila menayangkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w oleh seorang pelukis Denmark di laman sesawangnya.

Sepintas mengenai Wilders, ahli Parlimen Belanda ini dilahirkan sebagai seorang Kristian daripada keluarga Yahudi, namun membesar tanpa mempunyai sebarang pegangan agama atau penganut Atheis. Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Wilders sering kali melihat Islam sebagai ancaman dan begitu bersungguh-sungguh memastikan filem Fitna yang mengambil beberapa kejadian seperti serangan 11 September 2001 dan diselitkan dengan ayat al-Quran itu ditayangkan kepada dunia.

Apa yang diharapkan oleh Wilders daripada penayangan filem itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan nilai-nilai seni atau kehebatan berkarya, sebaliknya lebih kepada cubaan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam sejagat. Pastinya, Wilders sudah berjaya kerana ketika ini reaksi kemarahan dan kecaman seluruh masyarakat Islam terhadap Wilders dapat disaksikan di mana-mana termasuk di Indonesia dan Pakistan malah di Armsterdam sendiri.

Namun bagi Wilders, kemarahan dan kecaman umat Islam itu bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti sebaliknya disambut dengan perasaan yang puas dan gembira. Ini kerana, aksi tunjuk perasaan itu pastinya disimpulkan oleh masyarakat Barat sebagai satu lagi pendekatan kekerasan yang digalakkan oleh Islam dan secara tidak langsung membuktikan kebenaran inti pati filem Fitna.

Tetapi apa yang tidak disedari oleh Wilders barangkali, umat Islam di seluruh dunia sebenarnya boleh menghukum dengan lebih berat melebihi sekadar aksi tunjuk perasaan dan membakar bendera Belanda semata-mata. Wilders mungkin terlupa bahawa masyarakat Islam di seluruh dunia merupakan pengguna terbesar kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Barat termasuklah barangan keluaran Belanda.

Sekiranya umat Islam bersatu padu memulaukan produk Belanda terutamanya makanan berasaskan tenusu yang sangat popular dari negara tersebut, industri berkenaan boleh lumpuh dan ia secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi negaranya. Malaysia juga dalam bersatu dengan suara kemarahan umat Islam di seluruh dunia terhadap tayangan filem Fitna yang jelas menghina Islam boleh mengambil tindakan serupa dengan memulau produk keluaran Belanda.





 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s