~NIZ4M : INSIDE MY HEAD~

“BAIK PUNYA BLOG”

Runtuhnya Islam kerana amalan dan akhlak penganutnya April 12, 2008

Filed under: Uncategorized — Urahara Kisuke @ 12:57 pm
Tags:

Tazkirah Jumaat | Kalau dibanding antara Islam yang ada di bumi umat Islam dan Islam yang berada di bumi orang bukan Islam majoritinya seperti di sebahagian negara Eropah, kita akan dapat lihat seolah-olah Islam memang wujud dalam segenap aspek kehidupan seperti kebersihan persekitaran, tandas awam, peraturan jalan raya yang dipatuhi undang-undang dan sebagainya, di mana yang mengamalkannya adalah mereka yang bukan beragama Islam. <!––><!––>

Tetapi apabila kita menjenguk beberapa negara umat Islam khususnya di timur tengah, kita akan dapati seolah-olah kehidupan secara Islam telah lama mati angkara pemerintah yang kurang prihatin terhadap persoalan tersebut, atau dengan perkataan lain mereka tidak bersungguh-sungguh untuk melihat Islam itu memerintah negara.

Segala ideologi dan pemikiran Barat dijadikan rujukan utama negara, dan memperjuangkannya sampai ke peringkat akar umbi. Hal ini begitu ketara sehingga aspek pendidikan, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak dipadankan dengan tuntutan agama Islam.

Umat Islam hari ini amat berbangga dengan menonjolkan identiti diri dengan kehidupan ala barat dalam segenap aktiviti hidup mereka.

Pengasingan cara hidup orang Islam daripada Islam adalah salah satu faktor lahirnya insan-insan yang sumbang gerak-lakunya , ini adalah kerana pengajaran Islam bukanlah menjadi faktor utama hidup mereka.

Setiap anak sejak dilahirkan, ibu bapanya mempertaruhkan nasibnya kepada Allah selaku Pencipta supaya anaknya selamat, ini dapat dilihat dari pelaksanaan syariat azan dan iqomat pada kedua-dua telinga anak, bertujuan supaya si anak itu mempunyai hubungan dengan Tuhannya.

Tidak cukup dengan itu, Islam mengajar kita supaya memahami konsep ibadat solat serta falsafah pelaksanaanya, bermula dengan surah al-Fatehah yang menjadi rukun dalam solat, ia mempunyai mesej tersendiri untuk melahirkan insan muslim yang hanya takut kepada Allah SWT.

Tetapi apabila dirujuk kepada kehidupan orang Islam hari ini, menggambarkan bahawa mereka bagaikan tiada hubungan dengan Islam pada sebahagian tuntutannya.

Apa yang pernah ditegah oleh nabi s.a.w 1429 tahun yang lalu muncul kembali, lelaki muslim berpakaian seperti wanita, sebaliknya wanita muslimah bagaikan lelaki dan banyak lagi, menggambarkan realiti umat Islam yang tidak boleh menjadi contoh kepada yang lain.

Fenomena ini berlanjutan dan memberi kesan negatif kepada semua pihak, samada peringkat golongan pemerintah, karyawan, pekerja, ibu-bapa, golongan pelajar dan sebagainya.

Jelas sekali kehidupan secara tidak Islam telah menguasai cara bertutur, berfikir, berkomunikasi, berpolitik, berkeluarga, berumah-tangga, berekonomi dan banyak lagi termasuklah bidang hiburan yang mendapat tempat dalam masyarakat.

Aspek hiburan yang sudah banyak lari konsepnya dari apa yang diketengahkan oleh Islam, ianya tidak ditegur oleh pihak berkuasa khususnya pada “dress code” para artis. Gambar-gambar mereka yang mendedahkan aurat memenuhi ruang akhbar, gambar kulit majalah, tv dan sebagainya tanpa segan silu, mereka dianggap idola oleh sesetengah pihak.

Kadang-kadang gelagat mereka memperlihatkan kecetekan ilmu agama yang tidak sepatutnya ditonjolkan buat tatapan umum. Ini dapat dilihat dalam persembahan para artis menerusi konsert yang sekali dipandang menyerupai artis-artis barat iaitu dari segi pakaian, watak dan sebagainya yang tidak melambangkan insan yang bertamadun.

Sekiranya hal ini berpanjangan, dikhuatiri masyarakat bukan Islam menilai bahawa Islam juga membenarkan umatnya berhibur secara keterlaluan, dan secara tidak langsung menyumbang kepada tidak minat mereka kepada Islam, kerana tidak ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

Justeru pihak berkuasa mestilah memainkan peranan penting bagi memastikan agar anak-anak muda yang menceburi bidang hiburan ini diasah dengan kefahaman Islam yang betul, supaya matlamat hidup mereka menepati tujuan asal penciptaan mereka.

Apabila Islam dijadikan sandaran hidup setiap muslim dengan segala kesungguhan, pasti bumi yang dipijak ini akan menaungi manusia dengan hukuman yang seadil-adilnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s