~NIZ4M : INSIDE MY HEAD~

“BAIK PUNYA BLOG”

APA BEZA FILEM AKHIRAT MALAYSIA DAN FITNA BELANDA? April 16, 2008

Filed under: Uncategorized — Urahara Kisuke @ 9:07 pm

POSTER FILEM FITNA

“Sesungguhnya orang Mukmin itu berjuang dengan pedangnya dan juga dengan lisannya (tulisan, lidah, dan tindakannya) ”
(Riwayat Ahmad, 1934, : Hadis Sohih)

Kontroversi video klip 15 minit ‘Fitna’ telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran. Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut menghasilkan filem-filem yang secara tidak langsung mempersendakan agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba merosakkan fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-


– Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang ‘cool’ dan kasual.

– Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: ‘I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi.

– Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

  1. Pendirian Kami –

Rata-rata masyarakat menganggap bahawa agama adalah isu personal dan rohani semata-mata, serta bukanlah sesuatu yang membantu perjalanan hidup keseluruhannya seperti bermasyarakat atau bersosial.
Tekanan dari tindakan boikot dan demonstrasi aman ini juga jika dilihat dari satu aspek jangka pendek, ia bukan sahaja membantu kita untuk menyampaikan mesej bahawa tindakan lebih tegas sepatutnya dikenakan kepada ahli parlimen tersebut malah ia merupakan suara masyarakat yang menyatakan sikap tegas mereka kerana agama adalah nadi kehidupan.

Benar, kita harus jangan lupakan juga kepada umat Islam di Belanda, namun, kita jangan sisihkan pula ingatan kita pada umat Islam di Iraq dan Palestin.Umat Islam adalah satu. Bersama kita pertahankan kesemua saudara kita.

Di samping mengutuk filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam, dalam masa yang sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam ambillah masa muhasabah melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya ‘berbahaya’ dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s